Page 81 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 81

pelaksanaan  projek  pembangunan  wilayah  dalam  bentuk
                                                      perladangan telah merosakan ekosistem hutan.
                                                   -  Pembersihan    hutan   secara   besar-besaran   boleh
                                                      menyebabkan     kepupusan    kepelbagaian    biologi,
                                                      kemusnahan habitat dan rantaian makanan mereka.
                                                   -  Penyahutanan  berlaku  akibat  proses  pembangunan  dan
                                                      pembandaran boleh menyebabkan  kawasan habitat flora
                                                      dan  fauna,  kawasan  tadahan  air  dimusnahkan  dan
                                                      keancaman ekosistem hutan akan membawa kesan negatif
                                                      kepada semua sistem alam sekitar  dan manusia.  Misalnya
                                                      kemusnahan  ekosistem  akuatik  seperti  ekosistem  laut:
                                                      kemusnahan  sumber-sumber  maritim,  terumbu  karang,
                                                      plankton  dan  lain-lain  organisma.    Contohnya  Sungai
                                                      Gombak, Sungai Pinang dan Sungai Klang.



                                               (ii) pencemaran alam sekitar;
                                               Pencemaran udara, air, tanih, bau, bunyi, sampah sarap, dan
                                               pencemaran sisa toksik

                                                  Pencemaran udara  berlaku akibat :
                                                      -  udara di bandar mengandungi banyak partikal
                                                          ampaian, habuk, debu,berasap, serta  gas karbon
                                                          dioksida, karbon monosida, sulfur dioksida
                                                      -  Keadaan ini berlaku kerana pertumbuhan yang pesat
                                                          dari segi bilangan industri, kenderaan bermotor yang
                                                          melalui jalan raya, stesen janakuasa dan alat hawa
                                                          dingin.
                                                      -  Seterusnya menyebabkan  peningkatan IPU (indek
                                                          pencemaran udara) yang lebih 300 indeks -
                                                          berlakunya Jerebu yang serius

                                                  Pencemaran air sungai seperti Sungai Kelang dan Gombak di
                                                   Kuala Lumpur tercemar berpunca dari :
                                                   -  buangan effluen atau sisa-sisa toksid industri atau kilang
                                                      pembuatan seperti zink, kadmium, plumbum, timah hitam
                                                   -  buangan sampah sarap oleh penghuni yang tidak
                                                      bertanggungjawab, sisa –sisa bandaran, aktiviti
                                                      perlombongan timah dari kawasan sekitarnya dan hakisan
                                                      tanah di tapak projek perumahan.

                                                  Pencemaran tanih dan tanah berlaku apabila :
                                                   -  pembuangan  sisa-sisa toksid, sisa domestik  bahan kimia,
                                                      dibuang merata-rata tempat menyebabkan pencemaran
                                                      tanih
                                                   -  Proses larut resap berlaku selepas selepas hujan lebat.
                                                      Keadaan ini boleh juga menyebabkan air di bawah tanah
                                                      juga dicemar.
                                                   -  Indeks kemerosotan kualiti air bersih (kadar pencemaran
                                                      air) diukur berdasarkan indikator:
                                                         i.   kandungan permintaan oksigen biologikal (BOD)
                                                         ii.   kandungan bakteria escherichia coli (E-Coli)
                                                        iii.   kandungan amoniakal nitrogen (NH3-N) –
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86