Page 94 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 94

Soalan 5

                a )  Bagaimanakah  pertumbuhan  penduduk  yang  tinggi  menyebabkan  berlakunya  kemerosotan
                     daya tampung pelbagai jenis sumber alam di sesebuah  kawasan?
                b )   Jelaskan langkah bukan perundangan yang boleh diambil bagi mengurangkan masalah
                     kekurangan sumber alam.

                               ISI                                    HURAIAN
                 a )   i.   Kemerosotan         Eksploitasi sumber mineral secara berlebihan untuk memenuhi
                            sumber-sumber        keperluan penduduk menyebabkan berlakunya kepupusan
                            mineral              sumber mineral. Contohnya petroleum dan arang batu.
                       ii.   Kemerosotan        Pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan kawasan
                            sumber hutan         hutan dimusnahkan bagi pembinaan petempatan.  Kawasan
                                                 hutan semakin sempit dan berlakunya kemerosotan sumber
                                                 hutan
                      iii.   Kemerosotan        Pertumbuhan penduduk yang pesat menyebabkan penggunaan
                            sumber tanah         tanah  pertanian secara intensif bagi memenuhi keperluan
                                                 bekalan makanan. Penggunaan tanah pertanian secara intensif
                                                 menyebabkan  tanah kehilangan nutrien dan berlakunya
                                                 kemerosotan kesuburan tanah.
                      iv.   Kemerosotan         Kuantiti dan kualiti sumber makanan seperti sumber pertanian
                            sumber-sumber        dan  perikanan  terjejas.  Eksploitasi  terpaksa  dibuat  bagi
                            makanan              menampung pertambahan penduduk yang ramai.
                       v.   Kemerosotan         Kadar  Pencemaran  meningkat  akibat  pertambahan  kenderaan,
                            sumber udara         industri  dan  pembakaran  terbuka.  Pertambahan  kenderaan
                                                 membebaskan  bahan  pencemar  seperti  karbon  monoksida  dan
                                                 bahan terampai pm10.
                      vi.   Kemerosotan         berlaku disebabkan eksploitasi /kegiatan sumber perikanan
                            sumber marin         secara berlebihan tanpa kawalan , tumpahan minyak,
                                                 pencemaran sisa-sisa industri, sisa domestik dan  sisa kumbahan
                                                 yang dialirkan ke laut.
                      vii.   Mengawal           Pencemaran udara dapat dikawal melalui pemasangan  alat
                            pencemaran           penapis asap pada cerobong asap kilang dan ekzos kenderaan
                            udara                bagi mengurangkan pembebasan asap.Mengurangkan
                                                 penggunaan bahan api fosil  bagi mengurangkan pembebasan
                                                 gas karbon monoksida dengan  membangunkan sumber tenaga
                                                 gantian.
               b)      i.   Mengawal tanah      dapat dikurangkan melalui penanaman  tanaman tutup bumi
                            runtuh dan           untuk mengukuhkan tanah.Membuat sungkupan di cerun bagi
                            hakisan              melindungi tanah daripada hujan dan membina tembok konkrit
                                                 di cerun untuk mengelakkan tanah runtuh.
                       ii.   Mengawal           dikurangkan melalui kaedah merawat sisa kumbahan sebelum
                            pencemaran air       dilepaskan ke dalam sistem saliran .Di samping itu langkah
                                                 memasang perangkap sampah di dalam sungai membolehkan
                                                 sampah dikutip dengan mudah.
                      iii.   Mengawal flora     Melalui aktiviti penanaman semula hutan  di kawasan
                            dan fauna            pembalakan, mengadakan rawatan sivilkultur bagi merawat
                                                 anak pokok tang tercedera dan mengadakan penebangan terpilih
                                                 bagi memastikan pokok yang matang sahaja ditebang.
                      iv.   Mengurangkan        melalui penanaman semula hutan untuk menyerap gas karbon
                            peningkatan          dioksida. Pembangunan tenaga mesra alam seperti tenaga solar,
                            suhu                 tenaga elektrik dan tenaga angin dapat mengurangkan
                                                 peningkatan suhu kerana tenaga ini tidak mengeluarkan gas
                                                 yang boleh meningkatkan suhu dunia.
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99