Page 45 - Ebook EPT Flip
P. 45
Pemampat Paksi
Pemampat jenis paksi sesuai digunakan di dalam loji turbin gas industri, penjanaan kuasa
elektrik dan sebagainya. Ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:-
Sesuai untuk nisbah tekanan yang tinggi 10:1
i. Mempunyai kecekapan yang lebih baik berbanding pemampat empar sekiranya
beroperasi pada nisbah tekanan yang tinggi
1.3.2 Ruang Pembakaran
Ruang pembakaran merupakan tempat di mana haba dibekalkan ke dalam sistem loji
turbin gas. Proses pembakaran hasil campuran udara termampat dan bahanapi berlaku pada
tekanan tetap dan adiabatik. Proses pembakaran bahanapi yang maksimum dan sempurna
akan mempengaruhi kecekapan loji turbin gas tersebut.
Ciri-ciri Ruang Pembakaran Yang Baik
a. Penukaran jumlah tenaga kimia daripada bahanapi kepada tenaga haba dengan kecekapan
yang paling tinggi
b. Pemindahan tenaga pada bahagian keluar mesti berlaku pada taburan suhu yang tetap dan
sekata
c. Tahap pencampuran mestilah tinggi dan tidak terdapat sebarang pembentukan karbon
d. Kehilangan haba disebabkan oleh geseran, aliran gelora dan pancaran adalah minima
39