Page 43 - Ebook EPT Flip
P. 43
Di dalam loji turbin gas, udara disedut dan dimampatkan oleh pemampat udara (air
compressor) dan kemudiannya dihantar ke ruang pembakaran (combustor). Di ruang
pembakaran ini bahan api cecair atau gas dibakar dengan dibantu oleh udara termampat
tersebut. Gas panas hasil pembakaran yang suhu dan tekanannya tinggi masuk ke dalam
turbin gas (gas turbine).
Sebagaimana turbin stim, pengembangan gas panas di dalam turbin gas tersebut akan
memusingkan bilah – bilah turbin yang akan memusingkan janakuasa elektrik. Bilah – bilah
turbin yang berputar ini juga pada masa yang sama akan memusingkan pemampat kerana aci
kedua – duanya adalah sama.
1.3 Komponen-Komponen Asas Loji Turbin Gas
Sesuatu loji turbin gas mudah adalah daripada beberapa komponen – komponen yang
penting seperti berikut:-
a. Pemampat (Compressor)
b. Rongga Pembakaran (Combustion Chamber)
c. Turbin (Turbine)
Selain daripada komponen – komponen tersebut, terdapat peralatan lain yang
diperlukan untuk meningkatkan prestasi loji turbin gas. Antaranya adalah:-
a. Alat penghidup turbin
b. Sistem pelinciran
c. Sistem bahanapi
d. Sistem saluran (duct)
37