Page 38 - Ebook EPT Flip
P. 38
9.2 Faktor Mengurangkan Kecekapan Dandang
a. Kerosakkan pada tolok tekanan:-
tidak dapat menunjukkan tekanan stim, stim yang dihasilkan tidak mencapai stim yang
diperlukan (Ib/jam).
b. Injap keselamatan gagal berfungsi dengan baik:-
stim akan keluar tanpa dikawal
kerosakan pada injap bebola dan injap pintu;-
menyebabkan stim yang melalui paip tidak mengikut jumlah yang ditetapkan.
c. Kerosakkan pada dandang akibat lama digunakan dan tidak disenggara dengan baik.
menyebabkab kakisan, sisik, mnyak dan keretakkan.
d. Penggunaan air yang tidak dirawat:-
enapan pada turbin akan meroskkan bilah dan mengurangkan kecekapan operasimya.
10.0 KECEKAPAN DANDANG
Dandang merupakan salah satu peralatan yang terpenting di dalam loji kuasa stim.
Dandang adalah sebuah bekas tertutup di mana air yang berada di dalam dandang
ditukarkan kepada fasa stim dengan menggunakan haba dari relau. Haba ini diperolehi
daripada bahan bakar atau bahan api dengan ditukarkan kepada tenaga haba dan seterusnya
air dipeluwapkan menjadi stim.
Oleh itu, kecekapan dandang adalah faktor yang penting untuk mengetahui kualiti
dan penghasilan stim.
Kecekapan dandang boleh dihitung dengan mengambil kira:-
a. kecekapan haba dandang
b. penyejatan setara dandang
10.1 Kecekapan Haba Dandang (ηth)
33