Page 36 - Ebook EPT Flip
P. 36

8.2     Ujian Hidrostatik


               Tujuan : untuk mengesan kebocoran pada sambungan tiub & injap serta semua peralatan
               pada drum

               8.2.1  Langkah – Langkah Ujian Hidrostatik


               a.  Tiap – tiap dandang mesti menjalani ujian hidrostatik
                 sebelum ia digunakan pada kali pertama
                 selepas apa – apa pembaikan yang boleh mempengaruhi atau  menjejaskan kekuatan

                   dandang
                 pada sela masa tidak lebih dari 7 tahun ianya digunakan

               b.  Dandang di bawah 100 psi biasanya diuji pada 2 kali ganda tekanan kerja maksimum


               c.  Untuk dandang yang lebih daripada 100 psi, tekanan ujian ialah tekanan kerja x 1.5 + 50
                   psi


               8.2.2  Langkah – Langkah Menguji Dandang

               a.  Injap keselamatan pada drum ditanggalkan dan ditutup
               b.  Tolok tekanan dandang digantikan dengan tolok tekanan pemeriksaan
               c.  Drum diisi dengan air hingga penuh

               d.  Tekanan dinaikkan dengan mengisi air ke dalam dandang melalui pam suapan
               e.  Bila  tekanan  ujian  telah  dicapai  injap  cegahbalik  atau  injap  sehala  ditutup  dan  pam
                   suapan diberhentikan

               f.  Tekanan mestilah dibiarkan di dalam dandang sekurang-kurangnya 20 minit
               g.  Jika terdapat apa-apa kebocoran atau bahagian tekanan gagal, tekanan akan
                   diturunkan
               h.  Jika tekanan dikekalkan pada sela masa ujian tanpa kebocoran, pesongan atau herotan
                   bahagian-bahagian dandang itu diluluskan oleh pemeriksa











                                                                                                       31
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41