Page 35 - Ebook EPT Flip
P. 35
8.1 Langkah Penyediaan Dandang Untuk Pemeriksaan
Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti semasa membuat persediaan dandang bagi
pemeriksaan.
a. Menanggalkan jelaga (soot)
meniupkan udara / stim panaslampau pada dinding ruang pembakaran / tiub api
supaya jelaga lekang
b. Menyalirkan dandang (draining)
apabila tekanan telah jatuh kepada tekanan atmosfera dan dandang serta relau telah
sejuk sepenuhnya, injap cuci dibuka supaya air dapat disalirkan keluar
c. Membersihkan dandang
dandang tiub air : setelah bahagian-bahagian air dibuka, cuci kelompang (shell) dan
tiub dengan menyembur air bertekanan tinggi
semua tiub dicuci dengan sempurna
dandang tiub api : selepas menanggalkan plet lubang (manhole) & lubang tangan pada
bahagian air, cuci shell dengan semburan air bertekanan tinggi
kerak yang lembut mesti ditanggalkan dengan segera
jika dibiarkan kering kerak menjadi keras dan susah ditanggalkan
d. Mencari kesan minyak
periksa drum stim disepanjang paras air
cara : gunakan belakang jari & sentuh disepanjang garisan air. Jika jari kotor & kotoran
hanya boleh ditanggalkan dgn sabun maka terdapat minyak di dlm air
kesan : minyak menghasilkan rintangan yg tinggi pada aliran/ pemindahan haba
menyebabkan panaslampau pd logam, tiub lepuh (blister)/ plet pecah
e. Menanggal kerak
periksa shell dan tiub dalam utk mengesan kerak
kemudian tanggalkan enapan lembut dgn pengikis tangan (scrapper) & kerak keras dgn
tukul penyerpih (chipping hammer)
f. Jika drum stim berada di dlm keadaan bolehlebur, ianya perlu diganti.
30