Page 78 - Ebook EPT Flip
P. 78
7.0 SUSUNAN PAIP UDARA TERMAMPAT
7.1 Faktor-Faktor Yang Perlu Diambilkira Dalam Susunan Paip Udara Termampat
a) Kecerunan yang diberi mestilah berada pada arah pengaliran udara dan boleh
diketahui dengan mengkaji susunan am bangunan. Paip utama mesti diberi
kecerunan tidak kurang dari satu meter dalam 100 meter.
b) Sistem pengagihan berbentuk paip talian amat sesuai kerana bentuk ini dapat
mengurangkan kehilangan tekanan dan juga membolehkan pengubahsuaian atau
sambungan ke atas sistem dapat dilakukan dengan mudah.
c) Titik saliran mestilah dibekalkan dengan menggunakan “T” sama saiznya kerana ini
boleh mengelakan kebocoran pada penyambungan paip dan dapat memisahkan air.
d) Apabila saluran cawangan disambungkan ke paip utama, saluran ini mestilah keluar
daripada arah atas paip utama supaya air di dalam paip utama tidak ikut serta masuk
ke dalam saluran tersebut.
70