Page 75 - Ebook EPT Flip
P. 75
Rajah 3.8: Pemampat Centrifugal Rajah 3.9: Pemampat Axial
5.0 HANTARAN UDARA BEBAS (FAD)
Hantaran udara bebas (free air delivery) adalah satu istilah yang membawa maksud
jumlah isipadu udara termampat yang dikeluarkan oleh pemampat udara pada kedudukan
pemampat itu sendiri dan ianya diukur pada tekanan dan suhu udarakasa. Nilai – nilai asas
udarakasa adalah seperti berikut:
o
Suhu = 20 C
Kelembapan = 36 %
2
Tekanan = 101.325 kN/ m
Tekanan udara adalah berkadar songsang dengan altitud/ ketinggian. Tekanan
udara akan berkurangan jika altitudnya meningkat dan juga sebaliknya.
Tekanan udara pada paras laut adalah lebih kurang 101.325 kN/ m atau 1.01325 bar
2
(101.325 kPa) manakala pada 100 meter dari paras permukaan laut adalah 1 bar (100
kPa).
Ini menunjukkan bahawa tekanan udara akan berkurangan sebanyak 0.01325 bar
(1.32 kPa) peningkatan setiap 100 meter. Oleh itu, adalah penting memastikan paras
sesuatu pemampat itu dijalankan. Ini akan menentukan kecekapannya.
67