Page 70 - Ebook EPT Flip
P. 70
3.1 Penggunaan Loji Udara Termampat
Bendalir termampat banyak digunakan dalam industri seperti industri pembuatan,
pemprosesan dan pengangkutan untuk pelbagai tujuan. Penggunaan ini meliputi
penggunaan dalam sistem pneumatik, pembersihan dan proses kimia. Kebanyakan
bendalir termampat yang dikendalikan adalah udara disebabkan ia mudah diperolehi
dengan kuantiti yang banyak. Contoh penggunaan mesin pemampat ialah:
a) Sistem penyejukan.
b) Sistem pendinginan udara.
c) Loji turbin gas.
d) Loji pemprosesan gas asli.
e) Loji Pemprosesan petroleum cecair.
f) Loji pengeluaran gas nitrogen dan oksigen.
g) Mengendalikan alatan salingan contohnya penukul ribet, penukul penyerpih,
pengorek, pemecah konkrit dan sebagainya.
h) Mengendalikan alatan berputar contohnya motor udara, pencanai, gerudi,
reamer,pam kendalian udara, wrenches dan sebagainya.
i) Menyembur cat, minyak, racun serangga dan sebagainya.
j) Mengendalikan omboh-omboh udara untuk alat penekan, pembuka pintu,
pencengkam dan sebagainya.
k) Semburan udara untuk tujuan pembersihan.
l) Mengembangkan tayar kenderaan.
m) Memulakan enjin diesel yang besar.
n) Mengendalikan alatan kawalan, injap dan sebagainya.
62