Page 66 - Ebook EPT Flip
P. 66
Penyejuk lanjut biasanya dipasang pada sistem udara termampat yang besar serta
berbilang peringkat. Rekabentuk penyejuk lanjut terdiri daripada satu jaket air penyejuk
yang terdapat di sekeliling paip udara termampat. Air penyejuk akan mengalir di sekeliling
paip udara dan menyejukkannya. Berbagai jenis penyejuk lanjut digunakan dalam sistem
udara termampat. Secara amnya, penyejuk lanjut adalah sejenis alat penukar haba (heat
exchanger) yang terdiri daripada satu kelompang keluli yang mana bahagian dalam
kelompang ini mengandungi rangkaian-rangkaian tiub. Pada kebiasaannya, penyejuk lanjut
akan dipasang dalam bangunan loji udara termampat. Air digunakan bagi tujuan
penyejukan udara termampat .
2.5.3 Perangkap / Pengasing Air
Lembapan yang terkandung dalam udara akan dipeluwapkan dan kemudiannya
dibuangkan oleh pengasing air (separator). Ianya kan mengasingkan air daripada udara
termampat dengan cara membenarkan air yang wujud dibuang ke dalam bekas separator
secara automatik atau ke udarakasa.
2.5.4 Pengering (Dryer)
Pengering digunakan dalam sistem udara termampat untuk menghasilkan udara
termampat yang kering sepenuhnya (100 %). Ini kerana sejumlah lembapan masih wujud
dalam udara termampat walaupun udara termampat telah melalui penyejuk lanjut dan
pengasing air untuk proses pemeluwapan. Adalah sangat penting untuk memastikan udara
termampat kering kerana kandungan air dalam udara termampat boleh menyebabkan
kekaratan pada sistem laluan paip ke sistem keluaran.
58