Page 68 - Ebook EPT Flip
P. 68

2.9     Unit Servis



                       Unit servis terdiri daripada tiga komponen iaitu penapis udara termampat, pengatur

               tekanan  dan  pelincir.    Penapis  udara  termampat  berfungsi  untuk  membersihkan  udara

               termampat dari segala kekotoran. Pengatur tekanan berfungsi memastikan tekanan kerja

               yang besar masih berkeadaan malar walaupun berlaku ketidakseimbangan dalam tekanan

               udara  atau  kadar  penggunaan  udara.  Pelincir  diperlukan  untuk  melincirkan  pengagihan

               udara dalam sistem perpaipan sebelum dihantar ke sistem.



               3.0     PRINSIP KERJA


                       Rajah 3.1 menunjukkan susunatur loji udara termampat. Udara atmosfera memasuki

               pemampat melalui alat penapis udara (filter/ strainer) untuk mengelakkan daripada debu –

               debu dan sebarang bentuk pencemaran memasuki sistem tersebut.

               Penapis udara berada tinggi dari dasar dan terlindung daripada hujan dan panas.



                       Udara akan dimampatkan di dalam silinder pemampat bertekanan rendah sebelum

               melalui  penyejuk  antara  (intercooler)  di  mana  haba  yang  dikeluarkan  daripada  proses

               pemampatan  tersebut  diserap.  Seterusnya  udara  mampat  akan  memasuki  silinder  kedua

               yang bertekanan tinggi untuk proses pemampatan yang lebih tinggi tekanannya. Udara

               mampat bertekanan tinggi akan keluar dari pemampat peringkat kedua ke penyejuk lanjut

               (aftercooler).


















                                                                                                       60
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73