Page 65 - Ebook EPT Flip
P. 65
2.5 Peralatan Tambahan
Loji udara termampat dapat berfungsi dengan baik jika beberapa kelengkapan
digunakan. Berikut adalah peralatan – peralatan tambahan yang berfungsi sebagai
kelengkapan loji udara termampat.
2.5.1 Penyejuk – antara
Penyejuk – antara adalah satu alat yang dipasang di antara dua silinder pemampat
yang terdapat pada mana-mana pemampat. Tujuannya membolehkan lebih banyak lagi
udara dapat diperangkap dalam suatu silinder bagi tujuan pemampatan ke dalam bekas
penyimpannya.
Apabila udara dimampat dalam silinder utama maka udara akan menjadi panas dan
mengembang, seterusnya akan mengurangkan isipadu udara semasa udara itu
dimampatkan. Oleh itu, udara yang keluar dari silinder pertama akan mengalir melalui satu
alat yang dinamakan sebagai inter-cooler dimana ianya berfungsi menyejukkan udara yang
keluar dari silinder pertama.
2.5.2 Penyejuk Lanjut
Tujuan penyejuk lanjut ialah meninggalkan lembapan sebaik sahaja udara
termampat meninggalkan pemampat tekanan tinggi iaitu sebelum memasuki bekas udara.
Dengan memasang penyejuk lanjut seperti ini, masalah lembapan dalan sistem paip agihan
udara termampat dapat dikurangkan ke tahap yang paling minima. Lembapan yang
terkandung dalam udara termampat akan merosakkan alat kelengkapan yang
menggunakan udara berkenaan.
57