Page 64 - Ebook EPT Flip
P. 64
2.4 Sistem Kawalan Udara Termampat
Sistem kawalan udara termampat berkhidmat untuk menyesuaikan bekalan
pemampat dengan permintaan sistem. Kawalan pemampat yang sempurna adalah penting
untuk kecekapan operasi dan peningkatan prestasi. Sistem kawalan adalah sentiasa
diperlukan untuk mengurangkan pengeluaran pemampat semasa berlaku permintaan yang
rendah. Sistem kawalan udara termampat terdiri daripada sistem kawalan berkomputer
dengan pengawasan sistem yang aktif dari segi tekanan, suhu dan permintaan udara. Untuk
sistem pemampat berganda, alatan kawalan penjujukan digunakan untuk menggerakkan
pemampat secara berasingan dari semasa ke semasa seperti yang diperlukan.
Rajah 3.1: Susunatur Loji Udara Termampat
56