Page 61 - Ebook EPT Flip
P. 61

1.0     PENGENALAN



                       Pemampat merupakan mesin yang berfungsi untuk meningkatkan tekanan suatu

               kuantiti bendalir boleh mampat berbentuk gas, udara ataupun wap. Ia menyedut bendalir

               boleh mampat pada tekanan rendah dan memampatkannya menjadi tekanan yang lebih

               tinggi.



                       Pemampat digunakan untuk meningkatkan tekanan bendalir boleh mampat dan ia
               berfungsi seperti pam yang digunakan untuk meningkatkan tekanan bendalir tidak

               mampat. Apa yang berlaku secara mikroskopik adalah jarak di antara molekul – molekul

               gas akan menjadi lebih rapat antara satu sama lain apabila tekanan dikenakan di dalam satu

               ruang tegar.



                       Ketumpatan gas akan meningkat yang mengakibatkan kenaikan tekanannya.

               Sebuah pemampat harus berupaya untuk meningkatkan tekanan melebihi 5 bar. Sekiranya

               keupayaannya untuk meningkatkan tekanan adalah kurang daripada 5 bar, maka alat

               tersebut dikenali sebagai peniup (blower).



                       Sistem udara termampat banyak digunakan dalam industri pemasangan komponen

               elektronik mesin memproses makanan, alat pneumatik seperti mesin gerudi, motor udara

               dan lain – lain. Sebagai contoh, sistem pneumatik juga digunakan oleh bas pada sistem

               pintu automatiknya dan juga pada bahagian brek.

















                                                                                                       53
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66