Page 63 - Ebook EPT Flip
P. 63
2.1 Penapis Udara Masukan
Penapis udara masukan digunakan untuk menapis udarakasa sebelum masuk
keadalam pemampat. Penapis ini juga dikenali sebagai saring atau turas udara. Sifat – sifat
yang sepatutnya ada pada penapis adalah menghalang kemasukan sebarang bendasing ke
dalam sistem dan hanya membenarkan udara yang kering sahaja masuk ke dalam sistem.
2.2 Penggerak Utama Pemampat
Pengerak utama pemampat merupakan sumber kuasa utama yang menghasilkan
tenaga untuk menggerakkan pemampat. Pengerak utama ini mestilah menghasilkan kuasa
yang mencukupi untuk memulakan pemampat, pecut dengan halaju maksimum dan
mengekalkan unit beroperasi mengikut syarat – syarat rekabentuk. Kuasa tersebut terhasil
daripada salah satu sumber yang berikut iaitu motor elektrik, enjin diesel dan gas, atau enjin
stim dan turbin. Motor elektrik adalah pengeraka utama yang selalu digunakan.
2.3 Pemampat (Compressor)
Pemampat digunakan untuk meningkatkan tekanan udara bagi menjalankan
sesuatu tugas yang mana udara akan dimampatkan di dalam sistem, supaya ia boleh
digunakan sama ada untuk menolak, menarik, melakukan kerja, atau menghasilkan
kuasa.Terdapat dua jenis pemampat iaitu jenis anjakan positif dan jenis rotor dinamik.
55