Page 152 - Buku Pengurusan SMKM 2020
P. 152
Lampiran 108
1. Guru bertugas dikehendaki datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula
dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.
2. Membantu Pengetua membuat pengawasan menyeluruh terhadap pelajar-pelajarsebelum loceng
pertama dibunyikan, di waktu rehat, di sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang
segera dan munasabah jika perlu.
3. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, bilik air, kantin dan kawasan sekolah.
4. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah dan melaporkannya.
5. Membuat laporan di dalam buku "Laporan Bertugas" yang disediakan dan jika perlu, laporkan
terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil.
6. Menguruskan rawatan pelajar-pelajar yang sakit atau menghantar mereka ke hospital /
rumahnya.
7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar-pelajar yang
memohon.
8. Memastikan ketepatan waktu kehadiran pelajar, kepulangan pelajar, masa rehat dan masa
pertukaran guru.
9. Menguruskan hal-hal yang bersabit dengan kehilangan / kejumpaan barang-barang.
10. Menentukan tentang keselamatan pelajar-pelajar di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi
harta benda sekolah.
11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, kegiatan beruniform
dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.
12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari / minggu
persekolahan di dalam "Buku Laporan Bertugas". Antara perkara-perkara yang dicatatkan ialah:
kedatangan guru-guru, ucapan / pengumuman-pengumuman penting dalam perhimpunan,
lawatan pelawat-pelawat.
13. Mengelolakan perhimpunan sekolah dan menentukan semua guru dan pelajar-pelajar menghadiri
perhimpunan.
14. Menyampaikan ucapan ringkas / pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan sekolah.
HARI
PERSEKOLAHAN IMAM BERTUGAS GURU BERTUGAS DI SURAU PEREMPUAN
AHAD Ustaz Ahmad Khairul Anuar Bin Mohamad Guru Perempuan Bertugas Mingguan
ISNIN Ustaz Zulkifli Bin Hamzah Guru Perempuan Bertugas Mingguan
SELASA Ustaz Azmi Bin Daud Guru Perempuan Bertugas Mingguan
RABU Ustaz Alias Bin Mohamed Guru Perempuan Bertugas Mingguan
KHAMIS Ustaz Zulkifli Bin Harun Guru Perempuan Bertugas Mingguan
`
Pengurusan SMK Meranti 2020