Page 156 - Buku Pengurusan SMKM 2020
P. 156

Lampiran       112



                                SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERANTI
                                        17010 PASIR MAS, KELANTAN DARUL NAIM.
                                                  TEL / FAX : 09-7976327
                                               Email: smkmeranti@gmail.com


                                                                                Ruj.Kami : SMKM 600 – 1/1/1 (      )
                                                                                Tarikh      : 05 Disember 2019.


               Semua Guru dan Kakitangan Sokongan
               Sekolah Menengah Kebangsaan Meranti
               17010 Pasir Mas, Kelantan

               Tuan,

               PELANTIKAN RASMI TUGAS KHAS GURU DAN KAKITANGAN SOKONGAN SESI PERSEKOLAHAN 2020

               Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

               2.      Sukacita  saya  melantik  tuan  /  puan  sebagai  guru  yang  menganggotai  jawatankuasa-
               jawatankuasa seperti yang terkandung dalam Buku Pengurusan SMK Meranti 2020. Tugas tuan / puan
               ini berkuatkuasa mulai 01 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020 dan tertakluk kepada sebarang
               perubahan daripada pihak pentadbiran sekolah dari semasa ke semasa.

               3.      Tuan / puan hendaklah melaksanakan semua tugas yang dipertanggungjawabkan berdasarkan
               spesifikasi  tugas  yang  ditetapkan  dan  mematuhi  semua  peraturan,  prosedur  dan  sistem  yang
               digunapakai  berkaitan  dengannya.  Sukacita  juga  diingatkan  bahawa  tugas-tugas  yang
               dipertanggungjawabkan kepada tuan adalah merupakan tugas-tugas rasmi yang perlu diurus dengan
               efisyen untuk memastikan visi, misi dan objektif sekolah tercapai.

               4.      Saya  berkeyakinan  bahawa  tuan  mampu  melaksanakan  tugas  dan  tanggungjawab  yang
               diamanahkan  berdasarkan  kebolehan,  keupayaan,  minat  dan  komitmen  yang  telah  ditunjukkan
               selama ini demi meningkatkan kecemerlangan sekolah kita bersama.

               Sekian, terima kasih

               “RAJA BERDAULAT, RAKYAT SEPAKAT, NEGERI BERKAT”
               “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

               Saya yang menjalankan amanah,


               ................................................

               HAJI MOHD SUKRI BIN HASSAN
               Pengetua
               Sekolah Menengah Kebangsaan Meranti
               17010 Pasir Mas
               Kelantan

               s.k     - Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Mas


               Pengurusan SMK Meranti 2020
   151   152   153   154   155   156   157