Page 4 - Buku Pengurusan SMKM 2020
P. 4
1
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi kekuatan
untuk memikul amanah sebagai pendidik. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan Sekolah yang telah
berjaya menyempurnakan Buku Pengurusan bagi tahun 2020. Besarlah harapan saya agar guru-guru
dapat memanfaatkan buku ini sebagai sumber rujukan dalam melaksanakan tugas dengan lebih efisien
dan berfokus.
Kita sebagai warga pendidik perlu sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan
kemahiran bagi mendepani cabaran. Dalam hal ini, kita seharusnya bekerja sebagai satu pasukan
selaras dengan semangat kebersamaan yang ingin kita jayakan. Ilmu dan kepakaran yang dimiliki
seharusnya dikongsi dan dimanfaatkan semaksimum mungkin untuk menjayakan wawasan pendidikan
negara, terutamanya Program TS25 di SMK Meranti.
Pada kesempatan ini juga saya merakamkan tahniah kepada semua guru, warga sekolah, PIBG
dan anggota pelaksana yang berusaha gigih menyumbang tenaga dan usaha demi menentukan
kecemerlangan SMK Meranti khususnya dalam peperiksaan SPM dan pelbagai pertandingan. Insya
Allah dengan kerjasama yang erat kita akan dapat sama-sama melaksanakan amanah untuk memacu
kecemerlangan SMK Meranti.
Akhir kata, setiap tugas yang diamanahkan menuntut kita agar bersedia dari segi mental dan
fizikal untuk menjayakannya. Jadikanlah setiap sesuatu yang kita lakukan sebagai amal ibadah. Amalan
sebegini akan melahirkan keikhlasan dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan sebarang pujian
atau sanjungan. Oleh itu marilah kita sama-sama bersatu hati berganding bahu untuk menjamin
kejayaan yang lebih cemerlang.
Semoga segala perancangan yang direncanakan mendapat keredaan dan rahmat Allah jua.
Selamat menjalankan tugas sepanjang tahun 2020. Wassalam.
Sekian, terima kasih.
…………………………………………..….
HAJI MOHD SUKRI BIN HASSAN
Pengetua
SMK Meranti
Pengurusan SMK Meranti 2020