Page 6 - Buku Pengurusan SMKM 2020
P. 6
3
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERANTI
Bahawasanya kami warga pendidik Sekolah Mengengah Kebangsaan Meranti berikrar dan berhasrat
untuk mencapai matlamat-matlamat berikut:
1. Berusaha meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar khususnya dalam peperiksaan PT3 dan
SPM dari segi kuantiti dan kualiti.
2. Berusaha untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, berdisiplin, berakhlak mulia, berdikari,
beragama, jujur, beramanah dan beramal sesuai dengan prinsip-prinsip Wawasan Negara.
3. Meningkatkan pencapaian dalam bidang Ko Kurikulum dan melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan
berkebolehan serta bertanggungjawab untuk dirinya, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
4. Melahirkan pelajar-pelajar berjiwa penyayang, amalan kerjasama, amalan kebersihan, bersemangat
positif dan yakin diri.
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi
memenuhi aspirasi negara.
“ USAHA, JAYA, BERJASA ”
Pengurusan SMK Meranti 2020