Page 155 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 155
Bab 6 Ketaksamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah
BAB
6 Ketaksamaan Linear
dalam Dua
Pemboleh Ubah
Anda akan mempelajari
► Ketaksamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah
► Sistem Ketaksamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah
erniagaan dan keusahawanan merupakan nadi utama ekonomi
Pnegara untuk menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan
taraf hidup rakyat. Seorang peniaga atau usahawan perlu mahir dalam
6 komunikasi, kepimpinan, perakaunan, pemasaran dan yang paling
BAB penting ialah perancangan. Perancangan yang teliti membolehkan
seorang peniaga atau usahawan mendapat pulangan yang tinggi iaitu
keuntungan yang maksimum dengan kos yang minimum.
Tahukah anda bagaimanakah seorang usahawan merancang
untuk mendapat keuntungan yang tinggi dengan meminimumkan
perbelanjaan?
Maslahat Bab
Pengetahuan dalam ketaksamaan linear merupakan asas kepada
bidang pengaturcaraan linear. Pengetahuan ini sangat penting
dalam bidang perniagaan, dunia korporat dan bidang-bidang lain
yang memerlukan hasil optimum, iaitu keuntungan maksimum
Saiz sebenar
dengan kos yang minimum.
154
154