Page 86 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 86

Bab 3  Penaakulan Logik


                        Contoh     24
                      Jadual di bawah menunjukkan jumlah kereta mainan yang telah dihasilkan oleh Kilang TOY pada
                      suatu pagi.

                           Masa          Jumlah kereta mainan

                         8:00 pagi                270
                         9:00 pagi                520

                        10:00 pagi                770                                                                3

                        11:00 pagi               1 020                                                               BAB

                      (a)  Bina satu rumus yang umum bagi bilangan kereta mainan yang telah dihasilkan oleh Kilang
                          TOY berdasarkan jadual di atas.
                      (b)  Kilang TOY beroperasi dari pukul 7 pagi hingga pukul 10 malam 5 hari dalam seminggu.
                          (i)   Berapakah kereta mainan dapat dihasilkan oleh Kilang TOY pada satu hari?
                          (ii)   Kilang TOY menerima satu pesanan sebanyak 25 000 kereta mainan. Pesanan ini perlu
                              disiapkan dalam masa seminggu. Adakah Kilang TOY dapat menyerahkan kereta mainan
                              yang  dipesan  ini  pada  masa  yang  ditetapkan?  Sekiranya  tidak,  cadangkan  satu  cara
                              penyelesaian supaya Kilang TOY dapat menyiapkan pesanan ini.


                      Penyelesaian:
                      (a)

                         Memahami masalah                       Merancang strategi

                          •  Membina kesimpulan secara           Memperhatikan pola nombor yang dibentuk oleh
                            induktif.                            kereta mainan yang dihasilkan.
                          •  Membina rumus umum bagi
                            bilangan kereta mainan.





                          Kesimpulan                             Melaksanakan strategi

                         Rumus yang umum bagi bilangan              270  =  250 + 20
                         kereta mainan yang telah dihasilkan        520  =  2 (250) + 20
                         oleh Kilang TOY ialah 250n + 20;           770  =  3 (250) + 20
                         n = 1, 2, 3, 4, ... .                   1 020  =  4 (250) + 20
                                                                       ⁝
                                                                Maka, bilangan kereta mainan yang dihasilkan
                                                                boleh dirumuskan dengan
                                                                250 n + 20; n = 1, 2, 3, 4, … .
                                                                                                      Saiz sebenar


                                                                                                            85
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91