Page 88 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 88

Bab 3  Penaakulan Logik


                          Praktis Kendiri 3.2f

                      1.  Kadar bayaran letak kereta dalam Hotel Cahaya dihitung mengikut kadar berikut.

                                                          Masa                        Bayaran
                                        1 jam pertama atau sebahagian daripadanya     RM6.00

                                        Setiap jam berikutnya hingga jam ke-6         RM5.00
                                        Setiap jam yang seterusnya                    RM3.00

                          Zamuddin  meletakkan  keretanya  dari  jam  0750  untuk  menghadiri  kursus  di  Hotel  Cahaya.     3
                          Selepas kursusnya, Zamuddin mengambil keretanya pada jam 1725. Hitung secara deduktif      BAB
                          jumlah bayaran yang Zamuddin perlu bayar sebelum keluar dari tempat letak kereta.

                                                                                     2
                      2.  Jumlah penduduk di Taman Gembira mengikut formula g(t) = 250 (t  + t + 100), dengan keadaan
                          t ialah bilangan tahun.
                          Diberi jumlah penduduk di Taman Gembira pada 1 Januari 2012 ialah 25 000 orang.
                          (a)  Buat  kesimpulan  secara  deduktif  mengenai  jumlah  penduduk  Taman  Gembira  pada
                              31 Disember 2016.

                          (b)  Pada tahun keberapakah penduduk Taman Gembira akan mencapai 77 500 orang?

                      3.  Bilangan kelahiran bayi di sebuah negara pada tahun 2014 ialah 536 100. Bilangan kelahiran
                          bayi  dari  tahun  2015  hingga  tahun  2017  di  negara  tersebut  membentuk  satu  pola  seperti
                          yang berikut.






                                                  Tahun            Kelahiran bayi
 3 770  5 = 18 850 (25 000)
                                                  2014                 536 100

                                                  2015                 521 100

                                                  2016                 506 100

                                                  2017                 491 100


                          (a)  Bina rumus berdasarkan pola bilangan kelahiran bayi.

                          (b)  Sekiranya bilangan kelahiran bayi dalam negara tersebut mengikut pola seperti di atas bagi
                              5 tahun yang seterusnya, anggarkan bilangan bayi yang dilahirkan pada tahun 2021.






                                                                                                      Saiz sebenar


                                                                                                            87
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93