Page 111 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 111

BAB 4   Matematik Pengguna: Percukaian



                              Cukai Pintu



                •  Cukai yang dikenakan kepada semua pegangan atau harta tanah (rumah kediaman, perindustrian,
                   bangunan komersial dan tanah kosong) untuk membiayai kos penyelenggaraan bandar seperti
                   mengangkut sampah, membersihkan longkang dan sebagainya.
                •  Cukai ini juga dikenali sebagai cukai taksiran.
                Pihak yang mengutip?
                •  Pihak berkuasa tempatan iaitu majlis perbandaran atau majlis daerah.

                Kesan pengelakan cukai
                    Pengelakan cukai        Tindakan         Perundangan         Bu letin            Il mia h
                                                                                 Buletin           Ilmiah
                  Bayaran cukai tidak   Notis dalam      Akta Kerajaan          Waran tahanan ialah surat
                  dijelaskan dalam      Borang E akan    Tempatan 1976          kuasa yang membolehkan
                  tempoh yang ditetapkan  dikeluarkan    (Akta 171) Seksyen     pihak berkuasa tempatan
                  (tunggakan)                            147 dan 148            menyita barang-barang
                                                                                yang ada di dalam
                  Masih gagal           Waran tahanan    Akta Kerajaan          bangunan melalui              4
                  menjelaskan tunggakan   dalam Borang F   Tempatan 1976        Pendaftar Mahkamah
                  dalam tempoh 15 hari   akan dikeluarkan   (Akta 171) Seksyen   Tinggi mengikut              BAB
                  selepas notis diserahkan  dan harta mudah   147 dan 148       Seksyen 151.
                                        alih boleh disita
                * Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
                  (Sumber: bit.do/AktaKerajaanTempatan) (Dicapai pada 14 September 2020)




                               Cukai Tanah


                                                                                 Buletin           Ilmiah
                                                                                 Bu letin            Il mia h
                •  Cukai yang dikenakan terhadap pemilik tanah pertanian, tanah
                   perusahaan dan tanah bangunan.                               Cukai petak merupakan
                •  Cukai  ini  ditafsirkan  sebagai  sewa bawah Seksyen 5 Kanun   cukai yang dikenakan
                                                                                kepada hak milik strata
                   Tanah Negara 1965.                                           (misalnya pangsapuri dan
                Pihak yang mengutip?                                            kondominium) bagi
                •  Pihak berkuasa negeri iaitu Pejabat Tanah dan Galian.        menggantikan cukai tanah.
                Kesan pengelakan cukai
                           Pengelakan cukai                 Tindakan                 Perundangan
                  Bayaran cukai tidak dijelaskan dalam   Notis tuntutan dalam   Kanun Tanah Negara 1965
                  tempoh yang ditetapkan            Borang 6A akan dikeluarkan  Seksyen 97
                  Masih gagal menjelaskan jumlah    Tanah boleh dirampas atau   Kanun Tanah Negara 1965
                  dituntut dalam tempoh dinyatakan   dilucuthak               Seksyen 100
                  dalam notis tuntutan
                * Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
                  (Sumber: tanahweb.wordpress.com/ktn/) (Dicapai pada 14 September 2020)

                                                                                                  101
                                                                                                  KPM
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116