Page 114 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 114

Bagaimanakah mengira cukai pendapatan?

               Cukai pendapatan  yang perlu dibayar  oleh seseorang individu   Mengkaji, mentafsir dan
               dapat dikira melalui proses pengiraan seperti carta alir berikut.  membuat pengiraan yang
                                                                               melibatkan pelbagai cukai.



                                                                                          Cukai
                     Hitung                 Hitung                 Tolak
 Hitung  Hitung  Tolak  Cukai   Pendapatan   Cukai                 Rebat               Pendapatan
 Pendapatan   Cukai  Rebat  Pendapatan   Bercukai  Pendapatan      Cukai               yang perlu
 Bercukai  Pendapatan  Cukai  yang perlu                                                 dibayar
 dibayar




                 Pendapatan Bercukai
                                                                               Bu letin            Il mia h
                                                                               Buletin           Ilmiah
               Cukai pendapatan individu yang perlu dibayar dikira            Cukai pendapatan
               berdasarkan pendapatan bercukai. Pendapatan bercukai boleh     merupakan sejenis cukai
               diperoleh dengan menggunakan persamaan seperti di bawah.       kadar cukai semakin
         4                                                                    progresif yang mana
         BAB                                                                  tinggi apabila pendapatan
                   Pendapatan bercukai                                        bertambah.
                       jumlah pendapatan     pengecualian     pelepasan
                   =      tahunan       –     cukai     –    cukai

                                                                                               mia
                                                                                  letin
                                                                                             Il
                                                                                                   h
                                                                                Bu
                                                                                Buletin           Ilmiah
               (A)  Jumlah Pendapatan Tahunan                                  Contoh Penyata Saraan
               Jumlah pendapatan tahunan termasuk segala bentuk upah,          daripada Penggajian
               gaji, bonus, dividen, faedah, sewa, royalti, premium dan
               sebagainya. Namun, tidak semua pendapatan yang diterima
               daripada majikan perlu dikenakan cukai, contohnya elaun petrol
               atau perjalanan, subsidi-subsidi majikan seperti perumahan
               dan kenderaan, manfaat perubatan, Elaun Bantuan Sara Hidup        bit.do/PenyataSaraan
               (COLA), keraian dan lain-lain.


               (B)  Pengecualian Cukai
                                                                               Buletin           Ilmiah
                                                                               Bu letin            Il mia h
               Pengecualian cukai merujuk kepada semua perbelanjaan
               peribadi dalam bentuk hadiah, derma, sumbangan kepada           Mulai tahun 2015,
                                                                               individu yang mempunyai
               kerajaan atau pelbagai organisasi, contohnya perpustakaan       pendapatan penggajian
               negeri dan badan rawatan kesihatan.                             tahunan melebihi
                                                                               RM34 000 (selepas
                    Perbelanjaan tersebut boleh dikecualikan cukai tetapi      potongan KWSP) perlu
               tertakluk kepada had tertentu. Pengecualian cukai ini bertujuan   mendaftar fail cukai
                                                                               pendapatan.
               untuk meningkatkan perkembangan kebudayaan, kesenian dan        (Sumber: Lembaga Hasil
               juga memupuk masyarakat penyayang.                              Dalam Negeri Malaysia)




                 104
                 KPM
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119