Page 240 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 240

Proses pemodelan boleh diringkaskan seperti dalam rajah di bawah.


                                                Masalah dunia sebenar








                        Mengenal pasti              Mengaplikasi                Menentusahkan dan
                      dan mendefinisikan           matematik untuk             mentafsir penyelesaian
                           masalah                  menyelesaikan              dalam konteks masalah
                                                      masalah                        berkenaan







                                        Membuat
                                       andaian dan
                                      mengenal pasti
                                      pemboleh ubah                              Memurnikan model
                                                                                     matematik
                                                          Ulang jika perlu







                                                 Melaporkan dapatan



               Mari kita lihat satu contoh pemodelan matematik yang melibatkan semua komponen di atas.

                 Masalah Dunia Sebenar

               Pasar raya yang terletak jauh dari rumah anda mungkin menjual sekampit beras 10 kg dengan
               harga yang lebih rendah daripada pasar raya yang berdekatan dengan rumah anda. Adakah
               berbaloi jika anda memandu ke pasar raya yang terletak lebih jauh dari rumah untuk membeli
               dua kampit beras 10 kg yang lebih murah?


                Mengenal pasti dan mendefinisikan masalah

               ✥  Harga sekampit beras 10 kg dan kos petrol.
               ✥  Tentukan kedudukan dua buah pasar raya yang jaraknya masing-masing dari rumah
         8
                  adalah   berbeza.
         BAB   ✥  Cari maklumat yang berkaitan dari Internet, misalnya harga sekampit beras 10 kg di dua
                  buah pasar raya berkenaan, jarak setiap pasar raya dari rumah, harga petrol semasa, kadar
                  penggunaan petrol kereta dan sebagainya.


                 230
                 KPM
   235   236   237   238   239   240   241   242   243   244   245