Page 11 - FRONTLINERS RETAIL KUALA TERENGGANU - JANUARI 2019
P. 11

Bertanggungjawab terhadap setiap tugasan dan pelanggan

   menjadikan Perkhidmatan Cemerlang. Disamping itu juga sikap

   pro-aktif dan sentiasa mencari inisiatif dalam membantu pelanggan
   TNB menjamin KerjayaTerbilangdi masa akan hadapan.
















  “Alhamdulillah… Syukur ke hadrat Illahi di atas sumbangan pihak pengurusan

  Kedai Tenaga Kuala Terengganu. Dengan hadirnya anugerah ini, saya sentiasa

  berharap semua warga kerja Kedai Tenaga Kuala Terengganu dapat memberikan

  komitmen dan berdaya saing secara sihat. Anugerah ini juga sebagai batu loncatan

  bagi saya untuk mempertingkatkan lagi mutu kerja dan pengetahuan saya dalam

  membantu pelanggan dan juga syarikat.”– ZaliyanaBintiYusof





         7 tahun perkhidmatan di Kedai Tenaga Kuala Terengganu belum cukup puas bagi Yana

  menunaikan tanggungjawabnya kepada pelanggan TNB. Yana senantiasa memberikan layanan yang

  terbaik kepadapelanggan TNB yang datang keKedaiTenaga setiap hari.

  Juruwang
         Daripada seorang juruwang di Kedai Tenaga, pengalaman membantu sesama anggota kerja

  telah meningkatkan tahap kerja Yana sepanjang berurusan di kaunter. Kini, Yana merupakan

  Pembantu Tadbir Multiservice Counter, menjadikan Yana seorang yang multi-tasking dan menerima
  apa juaperkhidmatan yang diperlukan olehpelanggan TNB.

  Rujukan

         Yana juga merupakan anggota kerja yang paling lama menabur khidmatnya di Kedai Tenaga
  Kuala Terengganu dan ini menjadikan Yana sebagai rujukan bagi anggota kerja yang lain. Setiap

  bantuan dan perbincangan, Yana amat menitikberatkan prosedur kerja dan kepentingan kepada

  kehendak pelanggan.

  Sokongan kepada Pengurusan
         Kini semua Kedai Tenaga melalui fasa penjenamaan semula, sokongan kepada pihak

  pengurusan juga menjadi keutamaan Yana. Yana mula mengorak langkah membantu setiap anggota

  kerja memastikan kehendak bahagian dan syarikat tercapai. Yana aspirasikan setiap Perkhidmatan

  Cemerlang, Kerjayadan ImejSyarikatTerbilang.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16