Page 18 - FRONTLINERS RETAIL KUALA TERENGGANU - JANUARI 2019
P. 18
“Saya sentiasa memastikan setiap
informasi yang diberikan adalah tepat. Saya
juga mengutamakan indeks kepuasan
pelanggan TNB mencapai sasaran.”
Begitulah semangat dan keazaman yang dilontarkan oleh pemilik nama
Nur Syahida Binti Zakaria yang merupakan salah seorang Pembantu Tadbir MSC di
Kedai Tenaga Kuala Terengganu. Sebagai salah seorang anggota kerja yang sentiasa
berurusan dengan pelanggan TNB, Syieda sentiasa memastikan setiap kehendak
dan pertanyaan dari pelanggan TNB bertepatan dan memudahkan setiap urusan
kaunter.
Syieda yang kini menjalankan tugasan di kaunter pertanyaan, sentiasa
melihat pelanggan TNB sebagai keutamaan beliau dan juga syarikat.
Bertepatan dengan kehadiran Tahun baru ini, Syieda telah menetapkan azam
dan komitmen tugasannya agar tidak terhad kepada kaunter pertanyaan sahaja.
Peningkatan ini telah membuktikan Syieda mendapat pengiktirafan ‘istimewa’
sebagai pemenang tempat ke-2 bagi Anugerah Top Performer Januari 2019 yang
disampaikan sendiri oleh Eksekutif Kedai Tenaga Kuala Terengganu, Puan ‘Ainnul.