Page 1 - test
P. 1
BUKU PENGURUSAN 2020 SK KUNAK 1
KATA ALU-ALUAN GURU BESAR
Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan nama Allah, selawat dan salam buat junjungan besar
Nabi Muhammad s.a.w serta sekalian sahabat-sahabat baginda,
Guru-guru, kaum keluarga dan warga sekolah SK Kunak 1. Bersyukur
Ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya Buku Pengurusan
Sekolah 2020 ini dapat dihasilkan dengan membawa harapan bahawa buku pengurusan ini dapat
membantu dan menjadi panduan semua warga SK Kunak 1. Adalah diharapkan dengan terhasilnya
Buku Pengurusan Sekolah 2020 ini akan memacu Sekolah Kebangsaan Kunak 1 ke arah
kecemerlangan. Hasrat murni ini akan menjadi reality apabila semua panduan yang disediakan ini
dapat dilaksanakan dengan sempurna Dan berkesan. Selain itu, kepimpinan peringkat sekolah
perlulah efektif dan efisien, mempunyai barisan guru yang berkualiti, berilmu pengetahuan,
berkemahiran dan memiliki sikap serta sahsiah yang unggul.
Adalah diharapkan pengemblengan tenaga semua pihak dapat melahirkan generasi murid yang
cemerlang. Buatlah sesuatu yang terbaik untuk anak-anak didik kita berdasarkan kerelaan dan
keikhlasan yang sejati. Tahun 2020 sudah bermula. Justeru, persiapan yang semaksimum mungkin
perlu kita persiapkan bagi menghadapi cabaran pendidikan masa kini.
Akhir kata, Visi, Misi, Halatuju dan matlamat sekolah perlu sentiasa dihayati agar amanah yang
dipertanggungjawabkan kepada kita bukan menajdi satu beban sebaliknya satu ibadah.
Selamat Menjalankan Tugas, Sekian, terima kasih.
Saya Yang Menjalankan Amanah,
ABD MOHMIN BIN KADIR
GURU BESAR SKK1
1