Page 1 - test
P. 1

BUKU PENGURUSAN 2020  SK KUNAK 1


                                        KATA ALU-ALUAN GURU BESAR

                                           Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh









                           Dengan nama Allah, selawat dan salam buat junjungan besar

                 Nabi Muhammad s.a.w serta sekalian sahabat-sahabat baginda,
                 Guru-guru, kaum keluarga dan warga sekolah SK Kunak 1. Bersyukur
                 Ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya Buku Pengurusan

                 Sekolah 2020 ini dapat dihasilkan dengan membawa harapan bahawa buku  pengurusan ini dapat

                  membantu dan menjadi panduan semua warga SK Kunak 1. Adalah diharapkan dengan terhasilnya
                 Buku  Pengurusan  Sekolah  2020  ini  akan  memacu  Sekolah  Kebangsaan  Kunak  1  ke  arah

                 kecemerlangan. Hasrat murni ini akan menjadi reality apabila semua panduan yang disediakan ini
                 dapat  dilaksanakan  dengan  sempurna  Dan  berkesan.  Selain  itu,  kepimpinan  peringkat  sekolah

                 perlulah  efektif  dan  efisien,  mempunyai  barisan  guru  yang  berkualiti,  berilmu  pengetahuan,
                  berkemahiran dan memiliki sikap serta sahsiah yang unggul.

                          Adalah diharapkan pengemblengan tenaga semua pihak dapat melahirkan generasi murid yang

                 cemerlang.  Buatlah  sesuatu  yang  terbaik  untuk  anak-anak  didik  kita  berdasarkan  kerelaan  dan
                 keikhlasan yang sejati. Tahun 2020 sudah bermula. Justeru, persiapan yang semaksimum mungkin
                 perlu kita persiapkan bagi menghadapi cabaran pendidikan masa kini.

                           Akhir kata, Visi, Misi, Halatuju dan matlamat sekolah perlu sentiasa dihayati agar amanah yang
                 dipertanggungjawabkan kepada kita bukan menajdi satu beban sebaliknya satu ibadah.



                  Selamat Menjalankan Tugas, Sekian, terima kasih.


                 Saya Yang Menjalankan Amanah,



                 ABD MOHMIN BIN KADIR

                 GURU BESAR SKK1







                                                              1
   1   2   3   4   5   6