Page 6 - test
P. 6
BUKU PENGURUSAN 2020 SK KUNAK 1
1.6 SEJARAH SEKOLAH
Penubuhan SK. Pekan Kunak tercetus dua tahun selepas rentetan kemerdekaan Malaysia pada tahun
1957. Penubuhan sekolah pada 1 Jun 1959 adalah merupakan tapak kawasan pasar sayur. Pada masa itu
sekolah ini dikenali dengan nama Native Voluntery School. Guru besarnya pada ketika itu ialah En.Taip
Ujan. Bilangan muridnya seramai 60 orang dan mempunyai dua buah bilik darjah sahaja. Oleh itu SK.
Pekan Kunak merupakan sekolah yang tertua di daerah Kunak.
Pada tahun 1961 sekolah ini dipindahkan ke Kampung Getah Kunak. Ia didirikan atas kerjasama
PIBG. Pengerusi PIBG pada masa itu ialah Tuan Hj. Jainal Gunung. Guru besar sekolah ini ialah En. Adama
Balabul. Jumlah guru seramai dua orang sahaja dan mempunyai lima buah kelas. Kemudian pada tahun
1963 barulah sekolah ini didirikan di tapak yang ada sekarang ini. Walau bagaimanapun hanya terdapat
sebuah blok. Pada masa itu bilangan gurunya seramai lima orang dan murid seramai 250 orang. Sekolah
ini juga pernah menjadi tapak Pejabat Pelajaran Daerah, Sekolah Menengah dan Pusat Kegiatan Guru di
daerah Kunak.
Walaupun prasarana sekolah menyukarkan ke arah melaksanakan sistem pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif, namun sekolah ini tetap beroperasi dengan baik dan bilangan pelajar
semakin bertambah setiap tahun.
1.7 LENCANA DAN LAGU SEKOLAH
LAGU SEKOLAH
KAU BERDIRI TERSERGAM INDAH
NAMAMU JADI PUJAAN
KAU SANJUNGAN PUTERI DAN PUTERA
KAULAH GEDUNG BERTUAH
KAULAH GEDUNG PENDIDIKAN
TEMPAT MENIMBA PENGETAHUAN
SEKOLAHKU SK KUNAK 1
KUKENANG KE AKHIR ZAMAN
KAU BERJASA KEPADA SEMUA
MENDIDIK ANAK WATAN
KAU JAMBATAN KEJAYAAN
MENJAMIN MASA DEPAN
MENJAMIN MASA DEPAN…
6