Page 32 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 32

SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM
Dalil Qiyās dalam Al-Qur’an, sebagaimana firman Allah SWT:
 سم  صحصخ صم
“...maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.” (QS. al- Ḥasyr/59: 2)
1
Dalam ayat di atas tadi adalah berkaitan tentang proses meneliti, membandingkan dan kajian yang ada kena mengena dengan Qiyās. Qiyās berperanan meneliti suatu perkara dengan perkara lain untuk melihat persamaannya. Oleh itu, tidak syak lagi Qiyās diyakini dan boleh diguna pakai karena ia menjurus ke arah tujuan syarak.
2
Ini membuktikan bahwa Nabi sendiri berijtihad dan Qiyās terangkum dalam melakukan ijtihad. Justeru itu berijtihad dan menggunakan Qiyās adalah diberi keizinan oleh Nabi.
Contohnya: Para sahabat bersepakat melantik Abū Bakr sebagai khalifah pertama selepas kewafatan Nabi SAW dengan menqiyaskan terhadap perlantikan beliau sebagai imam salat sewaktu Nabi SAW sedang tenat.
Dalil dari Sunnah, sebagaimana kisah Muʻāz bin Jabal yang telah diuraikan pada pembahasan yang sebelum ini.
3
Dalil dari Ijmak, bahwa para sahabat bersepakat berhujah dengan Qiyās berdasarkan riwayat yang sahih dan diyakini sanadnya yang mana para sahabat terkemuka berhujah dengan Qiyās dan beramal dengannya.
16






















































































   30   31   32   33   34