Page 60 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 60
SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM
iv Selari Dengan Kebajikan Orang Ramai
Prinsip hukum Islam di zaman Rasulullah SAW seterusnya ialah selari dengan kebajikan orang ramai. Hukum Islam di waktu itu mengambil kira kebajikan orang ramai.
Tujuan diperundangkan sesuatu hukum adalah untuk memberikan kebaikan kepada manusia. Sesuatu hukum itu diperundangkan berasaskan kepada ‘illahnya. ‘Illah boleh juga dipanggil sebab. Jika terdapat ‘illah yang memerlukan sesuatu hukum, maka wujudlah hukum berkenaan. Apabila ‘illah itu tidak ada, maka hukum berkaitan juga turut tiada.
Bincangkan
Satu ciri unik syariat Islam adalah ia tidak menyulitkan. Merujuk pada ayat pertama Surah al-‘Alaq, perintah Iqra’ kepada Rasulullah SAW pada hakikatnya merupakan satu perintah yang dapat dilaksanakan oleh Baginda SAW. Berdasarkan ayat ini, para ulama menyimpulkan bahwa syariat Islam sama sekali tidak memerintahkan sesuatu yang tidak mungkin dilakukan manusia. Semua perintah dan pedoman syariat Islam mampu dan boleh dilaksanakan. Bincangkan.
Berasaskan kepada perkara ini, terdapatnya nasakh dalam sistem perundangan Islam. Nasakh bermaksud membatalkan sesuatu hukum yang sudah ditetapkan. Adakalanya sesuatu hukum itu tidak dibatalkan tetapi berlaku sedikit pindaan. Keadaan ini berlaku apabila adanya keperluan yang mahukan demikian. Walau bagaimanapun hanya Allah SWT sahaja yang boleh membatalkan atau meminda hukum Islam.
Contohnya ialah fardu salat pernah diwajibkan supaya menghadap ke arah Baitulmaqdis. Kemudian turun ayat Al-Qur’an meminta supaya salat menghadap ke
44