Page 61 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 61
PERUNDANGAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH SAW
arah Kaabah. Dalam contoh yang lain, Rasulullah SAW pernah melarang orang menyimpan daging korban pada Hari Raya Korban. Rasulullah SAW meminta daging korban itu dijadikan jamuan kepada perutusan yang sedang berada di Madinah pada waktu itu. Selepas perutusan berkenaan beredar Rasulullah SAW membenarkan orang ramai menyimpan daging korban.
Melalui apa yang diterangkan, ternyata bahwa perundangan hukum Islam adalah selari dengan kebajikan orang ramai. Juga berdasarkan kepada adanya sebab. Jika ada sebab, maka adalah hukum. Jika tiada sebab, maka tiadalah hukum.
Inilah empat prinsip perundangan hukum Islam di zaman Rasulullah SAW.
E Sumber Perundangan
TERDAPAT dua sumber undang-undang Islam di zaman Rasulullah SAW. Sumber utama ialah wahyu Allah SWT. Melaluinya lahir ayat- ayat hukum yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Sumber yang kedua ialah ijtihad yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Melalui ijtihad Rasulullah SAW, lahirlah hadis-hadis hukum.10
Himpunan ayat Al-Qur’an dan hadis-hadis tersebut, merupakan warisan perundangan Islam untuk umat Islam berikutnya. Kedua- duanya merupakan undang-undang utama yang menjadi rujukan para ilmuan yang melakukan ijtihad di sepanjang zaman. Dengan yang demikian, sumber perundangan Islam yang paling utama ialah Al-Qur’an dan Sunnah. Kedua-duanya adalah sumber asas dalam pembinaan hukum Islam.
10 Ibn Ḥazm, Al-Iḥkām fī Ushūl al-Aḥkām, Kahirah: Dār al-Ḥadīts, 1404H, hlm. 109.
45