Page 59 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 59

PERUNDANGAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH SAW
سمصحصخصمضجضح ضخضمطح ظمعجعمغجغمفجفحفخفمقح قمكج
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrāhīm. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu dan (begitu pula) dalam (Al-Qur’an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah salat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.” (QS. al-Ḥajj/22: 78)
Rasulullah SAW sendiri apabila diminta memilih di antara dua perkara Baginda memilih yang lebih mudah asalkan ia tidak berdosa. Baginda juga mengambil kira masalah orang ramai sebelum mewajibkan sesuatu peraturan. Dalam hadisnya yang bermaksud: “Kalaulah aku tidak memikirkan ia boleh menyusahkan orang ramai, nescaya aku mewajibkan mereka bersugi setiap kali mereka hendak menunaikan salat.”
Demikian juga pada ketika tertentu, sekiranya seseorang itu hendak mengikut hukum asal yang ditetapkan (ʻazhīmah) dia berhadapan dengan kesulitan, di kala itu dia boleh menggunakan kelonggaran yang dibenarkan oleh syarak. Dalam perundangan Islam terdapat prinsip yang mengatakan bahwa keadaan darurat membolehkan kita melakukan sesuatu perkara yang dilarang.
43





























































































   57   58   59   60   61