Page 57 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 57

PERUNDANGAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH SAW
sewajarnya untuk menyelesaikan masalah tertentu yang berlaku pada sesuatu masa tertentu sahaja manakala sebahagian yang lain pula kekal merentasi sepanjang zaman. Inilah yang disebut oleh para fuqahāʼ sebagai tsawābit dan mutaghayyirāt.
Dengan cara ini, hukum berkenaan tidak menjadi penghalang kepada umat yang terkemudian untuk menyelesaikan masalah mereka yang sudah semestinya berbeda dengan masalah umat terdahulu.
Satu prinsip yang terdapat dalam perundangan Islam ialah: “Asal sesuatu adalah mubah (harus)”. Segala sesuatu sekiranya tidak terdapat sebarang dalil hukum syarak mengenainya, perkara tersebut hukumnya adalah mubah (harus). Mana-mana perkara yang tidak ditetapkan sebarang hukum mengenainya, hukumnya kekal mubah (harus), sehinggalah ada sesuatu sebab yang menjadikannya haram atau makruh.
iii Mudah dan Ringan
Prinsip ketiga undang-undang Islam di zaman Rasulullah SAW ialah mempunyai ciri memudahkan dan meringankan. Prinsip ini begitu jelas dalam perundangan Islam. Pada kebanyakan hukum Islam, jelas prinsip ini digunapakai. Firman Allah SWT:
ليماممنرنزنمنننى نيىٰيريزيمينيىيي ئجئحئخئمئهبجبحبخبمبه تجتحتختمتهثمجحجمحجحمخج
41



























































































   55   56   57   58   59