Page 55 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 55
PERUNDANGAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH SAW
Demikin juga dengan arak dan judi tidak diharamkan pada awal Islam. Amalan- amalan yang mereka terbiasa dengannya seperti riba, akad perkahwinan dan muamalat tidak diharamkan pada permulaan Islam, ia diharamkan semasa Rasulullah SAW berada di Madinah.
Gilap Minda
Di antara hukum yang melalui proses tadarruj adalah salat. Jelaskan proses pelaksanaan hukum salat yang dimulai dari zaman Mekah hingga ia menjadi fardu pada zaman Madinah.
Hikmah pemeringkatan
melaksanakan sesuatu hukum
syarak ialah bagi merawat jiwa umat Islam yang masih lemah pada waktu itu bagi membolehkan mereka menerima Islam dengan hati terbuka dan bersedia melaksanakannya dengan mudah.
ii Mengkadarkan Undang-undang
Prinsip kedua perundangan Islam di zaman Rasulullah SAW ialah mengkadarkan undang-undang. Ertinya mengurangkan penetapan peraturan yang mengawal perilaku umat Islam.
Perkara ini jelas jika kita lihat bahwa hukum-hukum Islam sama ada dalam bentuk wahyu Allah SWT atau hadis Rasulullah SAW, adalah mengikut kadar keperluan. Ertinya bila keadaan memerlukan barulah hukum dikeluarkan.
Di awal permulaan Islam, undang-undang Islam tidak disusun bagi persediaan untuk menyelesaikan masalah yang belum berlaku, yang akan berlaku di masa-masa akan datang. Terdapat dalam Al-Qur’an dan hadis peringatan supaya jangan banyak bertanya mengenai hukum sesuatu perkara. Firman Allah SWT:
39