Page 54 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 54

    SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM
  i Berperingkat
Maksud peringkat ialah tadarruj. Ertinya berlaku secara peringkat demi peringkat tidak sekaligus. Pemeringkatan ini ialah semasa sesuatu hukum itu diturunkan.
Turunnya hukum secara berperingkat ini bermakna hukum- hukum Allah SWT tidak diturunkan sekali arung dalam satu undang-undang. Sebaliknya hukum-hukum yang terdapat dalam perundangan Islam diturunkan secara sedikit demi sedikit dalam tempoh lebih 22 tahun, yaitu mengikut kehendak semasa apabila berlaku sesuatu peristiwa yang memerlukan hukum. Bagi setiap hukum terdapat sejarah dan sebab ia diturunkan.
Hikmah turunnya hukum Islam secara berperingkat ialah untuk memudahkan umat Islam mengenali sesuatu hukum satu demi satu. Ini memudahkan mereka mengetahui mengapa sesuatu hukum itu diturunkan apabila mereka kaitkan dengan sesuatu peristiwa yang berlaku.
Umat Islam di waktu awal-awal Islam, mereka belum lagi terbiasa dengan peraturan Islam. Sesetengah amalan Islam susah bagi mereka untuk melaksanakannya dan apa yang diminta mereka meninggalkannya, susah bagi mereka untuk mematuhinya. Ini karena mereka sudah terbiasa dengan cara demikian sejak sekian lama dan telah menjadi darah daging mereka. Rasulullah SAW melaksanakan hukum Islam bersama mereka secara sedikit demi sedikit hinggalah mereka bersedia untuk memikul tanggungjawab agama.
Pada peringkat awal, umat Islam tidak difardukan salat lima waktu sehari semalam dengan bilangan-bilangan rakaatnya. Sebaliknya mereka diminta supaya melakukan salat sekali waktu pagi dan sekali waktu petang. Zakat dan puasa juga difardukan setahun selepas Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Perintah agama waktu itu tertumpu kepada sedekah dan puasa yang mereka mampu melakukannya.
   38



























































































   52   53   54   55   56