Page 52 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 52

SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM
Selain daripada itu, apa yang diputuskan oleh para sahabat RA berkenaan bukan merupakan membuat undang-undang baru, sebaliknya hanya melaksanakan apa yang telah ditetapkan ke atas mereka untuk melaksanakannya.
Juga apa yang mereka lakukan itu menunggu persetujuan Rasulullah SAW untuk tujuan pengesahannya. Dari sebab itu, di zaman Rasulullah SAW, tidak berlaku dua hukum pada satu peristiwa.
Terdapat hanya dua sahaja sumber perundangan Islam di zaman Rasulullah SAW, yaitu wahyu Allah SWT dan ijtihad Rasulullah SAW. Apabila timbul sesuatu permasalahan yang memerlukan penyelesaian daripada Rasulullah SAW, Allah SWT menurunkan sama ada satu ayat atau beberapa ayat mengandungi hukum bagi permasalahan yang dibangkitkan. Selepas itu, Rasulullah SAW menyampaikannya kepada seluruh umat Islam apa yang Allah SWT wahyukan kepadanya. Adalah menjadi kewajipan semua umat Islam waktu itu mematuhinya.
Sekiranya timbul sesuatu permasalahan, sedangkan Allah SWT tidak menurunkan ayat Al-Qur’an menerangkan cara penyelesaiannya, Rasulullah SAW berijtihad menggunakan pendapatnya sendiri untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.
Seseorang yang mengamati ayat-ayat hukum yang terdapat di dalam Al-Qur’an serta mengikuti penjelasan ulama tafsir tentang sebab turunnya ayat hukum tersebut, dia mendapati bahwa hukum Al-Qur’an diturunkan adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau peristiwa yang berlaku. Ini jelas seperti firman Allah SWT:
36
    ٌّ          ٍّ         َّ         ُّ        ِّ      ّٰ   ئر         ئز   ئم   ئن ئى ئي  
 
“Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada Bulan Haram. Katakanlah: Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar.” (QS. al-Baqarah/2: 217)

























































































   50   51   52   53   54