Page 51 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 51

    PERUNDANGAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH SAW
    ʻAmr bin al-ʻĀsh RA, Rasulullah SAW pernah berkata kepadanya: “Sila hukum perkara ini!” ʻAmr berkata: “Bagaimana saya hendak hukumkan (berijtihad) sedangkan tuan masih ada?” Jawab Baginda: “Ya! Jika anda betul, anda mendapat dua pahala. Sekiranya anda tersilap, anda mendapat satu pahala.”
   Dua orang sahabat RA yang musafir, apabila tiba waktu salat, keduanya tidak menemui air untuk berwuduk, lalu bertayamum dan melakukan salat. Selepas itu mereka menemui air, waktu salat masih ada lagi. Salah seorang daripada mereka menggunakan ijtihadnya lalu mengambil wuduk dan mengulangi salat. Sementara yang seorang lagi menggunakan ijtihadnya sendiri dan berpendapat bahwa salatnya dengan tayamum tadi adalah sah. Jadi dia tidak perlu mengulanginya semula.
iv v
     Contoh-contoh di atas tidak menggambarkan yang para sahabat RA mempunyai kuasa perundangan sendiri dengan membelakangkan Rasulullah SAW. Perkara yang berlaku itu membabitkan masalah tertentu yang sukar untuk dirujukkan kepada Rasulullah SAW bagi mendapatkan penyelesaiannya. Ini disebabkan mereka berada di tempat yang jauh daripada Rasulullah SAW dan dikhuatiri jika menunggu penyelesaian daripada Rasulullah SAW ia akan memakan masa yang agak lama.
Gilap                   Minda
Dalam Surah Hūd ayat 61, Allah SWT menetapkan bahwa di antara fungsi yang perlu dilakukan oleh manusia adalah untuk memakmurkan bumi. Di antara tugas-tugas memakmurkan bumi adalah:
i) membangunkan kebutuhan asasi seperti tempat tinggal
ii) bertani untuk kebutuhan pangan (makanan)
iii) membangun jalan raya
Senaraikan tiga lagi contoh- contoh memakmurkan bumi.
  35























































































   49   50   51   52   53