Page 49 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 49

    PERUNDANGAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH SAW
Peraturan-peraturan seperti hukum perkahwinan, cerai, hukum pusaka, jual-beli, hudud dan lainnya mula disusun. Surah-surah yang turun di Madinah (Sūrah Madaniyyah) contohnya al-Baqarah, Āli ʻImrān, al-Nisā’, al-Mā’idah, al-Anfāl, al-Tawbah, al-Nūr dan al-Aḥzāb mengandungi ayat-ayat hukum di samping ayat-ayat yang menerangkan masalah aqidah, akhlak dan kisah-kisah.
C Kuasa Perundangan
SEMASA zaman Rasulullah SAW, kuasa membuat undang-undang adalah terletak pada tangan Rasulullah SAW seorang sahaja. Mana- mana umat Islam pada masa itu tidak boleh secara bersendirian membuat sesuatu peraturan membabitkan hukum Islam sama ada untuk menyelesaikan urusan dirinya sendiri atau yang melibatkan orang lain.
Dengan adanya Rasulullah SAW di kalangan mereka, umat Islam mudah merujukkan sebarang perkara kepada Baginda untuk mendapatkan penyelesaiannya. Lebih-lebih lagi sekiranya timbul perkara salah-faham di antara dua belah pihak, Rasulullah SAW akan bertindak sebagai pengadil untuk mendamaikannya.
Rasulullah SAW menjawab pertanyaan umat Islam dengan ayat Al-Qur’an. Adakalanya dengan lebih daripada satu ayat Al-Qur’an yang diwahyukan kepada Baginda untuk menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh orang ramai.
Rasulullah SAW menyelesaikan sebarang permasalahan ada kalanya melalui ilham yang Allah SWT wahyukan kepadanya dan ada kalanya melalui fikiran dan pengamatan Baginda sendiri. Setiap hukum yang zahir daripada Rasulullah SAW adalah perundangan yang wajib dipatuhi oleh sekalian umat Islam, sama ada dalam bentuk wahyu Allah SWT atau pendapat Rasulullah SAW sendiri.
     33



























































































   47   48   49   50   51