Page 48 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 48

    SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM
rasul hingga Baginda berhijrah ke Madinah. Dalam tempoh ini bilangan orang Islam masih lagi sedikit dan berada dalam keadaan yang lemah.
Tugas Rasulullah SAW pada waktu itu ialah menyeru orang ramai kepada mentauhidkan Allah SWT dan meninggalkan menyembah berhala. Di waktu yang sama Baginda berusaha melindungi mereka yang telah memeluk agama Islam daripada dianiaya oleh golongan musyrikin. Pada tempoh ini tidak terdapat peluang, malah belum sesuai untuk menyusun perundangan Islam dalam bentuk peraturan undang-undang yang tersusun.
Jika diperhatikan surah-surah yang diturunkan di Mekah (Sūrah Makkiyyah), contohnya Surah Yūnus, al-Raʻd, al-Furqān, Yāsīn dan al-Ḥadīd, tidak mengandungi ayat-ayat hukum dalam bentuk amali yang menyuruh melakukan sesuatu seperti perniagaan atau sebagainya. Kebanyakan ayat-ayatnya menyentuh perkara berkaitan dengan aqidah, akhlak dan suruhan supaya mengambil contoh tauladan daripada kisah umat terdahulu.
b Masa di Madinah
Tempoh perkembangan perundangan Islam di Madinah lebih kurang sepuluh tahun. Ia bermula dari saat Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah hinggalah ke tarikh wafatnya. Dalam tempoh ini Islam mula kuat dan bilangan orang yang memeluk Islam mula bertambah. Ciri-ciri sebuah negara mula terbentuk.
Semasa di Madinah usaha untuk menyebarkan dakwah Islam semakin bertambah mudah. Keadaan mula memerlukan kepada penyusunan hukum Islam dalam bentuk undang-undang. Ini bertujuan untuk menguruskan hubungan umat Islam yang terus berkembang. Demikian juga untuk menguruskan hubungan umat Islam dengan golongan bukan Islam.
     32



























































































   46   47   48   49   50