Page 46 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 46

    SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM
segala-galanya, terutamanya tradisi menyembah berhala dan berbagai-bagai lagi. Mereka juga bimbang bahwa hak keistimewaan orang Quraisy di Kota Mekah, sebagai pengawal Kaabah akan lenyap dengan kedatangan agama Islam itu. Inilah yang menyebabkan mereka menentang penyebaran ajaran Rasulullah SAW itu.
Agama Islam terus berkembang dan penentangan juga bertambah hebat. Penentangan dan penyeksaan orang Quraisy terhadap penganut-penganut Islam itu kemudiannya telah merebak lebih jauh lagi, bukan sahaja setakat golongan miskin dan hamba tetapi juga kepada golongan lain.
Bagi mengelakkan penderitaan itu terus-menerus menghimpit orang Islam, Nabi Muhammad SAW telah meminta orang-orang yang beriman supaya meninggalkan Mekah berpindah ke Habsyah. Raja Habsyah ketika itu terkenal dengan keadilannya terhadap rakyat jelata.
   Gilap               Minda
Bersikap adil adalah sifat dasar dalam beriman. Orang yang benar-benar beriman adalah orang yang adil. Adil diartikan dengan memberikan hak yang sama dan merata. Lawan sifat adil adalah zalim. Arti zalim adalah mengurangi hak yang seharusnya diberikan. Islam menolak kezaliman dalam segala bentuk. Bagaimanakah orang yang benar-benar beriman dianggap sebagai orang yang adil?
Negeri-negeri lain umpamanya Yaman, Najran, Parsi dan sebagainya tidak sesuai untuk pemindahan itu, karena pemerintahannya tidak begitu adil seperti yang terdapat di Habsyah. Rasulullah SAW percaya bahwa pemerintah Habsyah dapat melindungi penganut- penganut Islam daripada segala ancaman terutamanya dari orang Quraisy.
Ada beberapa pendapat tentang bilangan umat Islam yang menyertai rombongan perpindahan yang pertama ke Habsyah. Kebanyakan sumber
  30


























































































   44   45   46   47   48