Page 47 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 47
PERUNDANGAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH SAW
mengatakan 15 orang, 10 orang laki-laki, 5 orang perempuan, dengan ʻUtsmān bin Mazhʻūn RA sebagai ketuanya. Turut serta dalam rombongan itu ialah ʻUtsman bin ʻAffān dan isterinya Ruqayyah bte Muḥammad (puteri Nabi Muhammad SAW), ʻAbd al-Rahmān bin ‘Auf, al-Zubair bin al-ʻAwwām RA dan lain-lain.
Pada awalnya perpindahan mereka itu tidak diketahui oleh orang Quraisy. Apabila orang Quraisy musyrikin mengetahui perpindahan itu mereka cuba mengejarnya. Malangnya sebaik sahaja mereka tiba di tepi Laut Merah, kapal yang membawa rombongan itu telah pun belayar.
B Perundangan Di Zaman Nubuwwah
TEMPOH perundangan Islam zaman Rasulullah SAW tidak berapa panjang, yaitu selama lebih kurang 22 tahun dan beberapa bulan. Walaupun tempohnya singkat tetapi meninggalkan kesan yang amat besar kepada perkembangan perundangan Islam.
Perkembangan Islam di zaman Rasulullah SAW mewariskan semua nas hukum syarak yang terkandung dalam Al-Qur’an dan Hadis. Juga meninggalkan garis panduan asas yang memandu umat Islam berikutnya untuk menentukan hukum syarak pada masalah yang timbul dari semasa ke semasa.
Tempoh perkembangan Islam di zaman Rasulullah SAW terbahagi kepada dua masa:
a Masa di Mekah
Tempoh perkembangan perundangan Islam di Mekah ialah selama
12 tahun lebih. Ia bermula dari saat Rasulullah SAW dilantik menjadi
31