Page 45 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 45

PERUNDANGAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH SAW
 بي  ترتز تم
“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat.” (QS. al-Syuʻarāʼ/26: 214)
Seruan peringkat ini Baginda mulakan kepada Banī ʻAbd al- Muththalib dan lain-lain dalam perjumpaan besar yang telah diatur oleh ʻAlī bin Abū Thālib RA. Dalam perjumpaan itu Nabi Muhammad SAW telah menerangkan berbagai-bagai hal mengenai ajaran yang diterimanya daripada Allah SWT dengan jelas terutamanya tentang Allah SWT, Tuhan yang Maha Esa dan yang mesti disembah dan berbagai-bagai perkara lagi.
Dalam seruan secara terbuka ini ada dari kalangan kaum Quraisy yang menerimanya dan tidak kurang pula yang menentangnya. Orang yang paling kuat sekali menentang dakwah Rasulullah SAW ialah bapa saudaranya sendiri yaitu Abū Lahab dan isterinya.
3 Reaksi Orang Quraisy
Ekoran dari perjumpaan itu permusuhan dan pertentangan pun bermula. Walaupun terdapatnya permusuhan namun boleh dikatakan setiap hari ada orang Quraisy yang memeluk agama Islam. Pada mulanya orang Quraisy musyrikin tidak begitu mengambil berat tentang ajaran Nabi Muhammad SAW itu. Mereka beranggapan seruan itu tidak akan mendapat sambutan dan akan lenyap begitu sahaja. Sebaliknya mereka mendapati sambutan kepada seruan Rasulullah SAW terus meningkat. Lalu orang Quraisy musyrikin bangun menentangnya, dengan Abū Lahab sendiri sebagai orang kuatnya.
Orang Quraisy bimbang tradisi turun-temurun mereka di Tanah Arab akan terhapus kalau ajaran Nabi Muhammad SAW menguasai
29


























































































   43   44   45   46   47