Page 50 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 50
SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM
Terdapat juga di zaman Rasulullah SAW beberapa orang sahabat yang menggunakan pendapat masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Antaranya ialah:
i
ʻAlī bin Abū Thālib RA, semasa Rasulullah SAW mengutusnya ke negara Yaman untuk menjadi qādhī, Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Allah akan memberi hidayat kepada hatimu dan menetapkan lidahmu. Apabila dua orang yang berselisih pendapat meminta pengadilanmu janganlah kamu membuat sebarang keputusan melainkan setelah kamu mendengar orang kedua mengeluarkan hujah sepertimana kamu mendengar daripada orang pertama. Melalui cara ini akan mudah bagimu membuat keputusan.” (HR. Abū Dāwūd)
Muʻāz bin Jabal RA, semasa Rasulullah SAW menghantarnya menjadi pemerintah di negara Yaman, Baginda bertanya kepadanya: “Sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah yang kamu tidak menemui jawapannya di dalam Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, bagaimana kamu hendak menyelesaikannya?” Muʻāz menjawab: “Saya akan berijtihad menggunakan pendapat saya.” Jelas Rasulullah SAW: “Syukur kepada Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulullah, dengan cara yang diredai Allah dan Rasul- Nya.” (HR. Aḥmad)
Ḥudzaifah al-Yamāni RA, Rasulullah SAW melantiknya untuk menjadi pendamai kepada dua orang berjiran yang bergaduh fasal dinding rumah mereka, masing-masing mendakwa dinding itu dia yang punya.
ii
iii
34