Page 53 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 53
PERUNDANGAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH SAW
صخ صم ضج ضح ضخ ضم طح ظم عج عم غج غم فج فحفخفم قحقم كجكح كخ كل كم لج لح لخ لمله مج محمخ
“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: ‘Pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.’ Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ‘Yang lebih dari keperluan.’ Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir.” (QS. al- Baqarah/2: 219)
D Pelaksanaan Syariah
SEMASA zaman Rasulullah SAW, apabila timbul sesuatu masalah, Rasulullah SAW menunggu turunnya wahyu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sekiranya berlalu sesuatu tempoh, wahyu Allah SWT tidak juga turun, Rasulullah SAW faham bahwa Allah SWT mewakilkan kepadanya untuk menyelesaikan masalah tersebut, lalu Baginda pun melakukan ijtihad. Baginda berijtihad sambil memohon hidayat Allah SWT dan bersemangatkan keagamaan dan kemampuan Baginda dalam mencari kebaikan untuk masalah tersebut. Juga Baginda mendapatkan pandangan para sahabatnya.
Terdapat empat prinsip bagaimana undang-undang Islam dibentuk di zaman Rasulullah SAW, yaitu:
37