Page 64 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 64
SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM
Oleh yang demikian, perundangan Islam di zaman Rasulullah SAW bersandarkan kepada dua sumber yaitu Al-Qur’an dan Sunnah. Ijmak dan Qiyās tidak wujud di zaman Rasulullah SAW. Ini karena Qiyās digunakan untuk menyelesaikan masalah yang tiada nas hukumnya baik dalam Al-Qur’an mahu pun dalam Sunnah. Selama mana Rasulullah SAW masih hidup, maka nas hukum masih ada, tiada masalah untuk mendapatkannya. Oleh itu, tidak perlu kepada Qiyās. Bahkan sekiranya Rasulullah SAW sendiri melakukan ijtihad, maka ijtihadnya itu adalah nas.
a Al-Qur’an Pengertian Al-Qur’an
Al-Qur’an adalah kalam Allah SWT yang diturunkan melalui Malaikat Jibril AS kepada Rasulullah, Muḥammad bin ʻAbd Allāh SAW. Lafaznya menggunakan Bahasa Arab. Segala kandungan maknanya adalah benar belaka. Al-Qur’an menjadi hujah kepada Rasulullah SAW untuk membuktikan bahwa beliau adalah Rasul utusan Allah. Al-Qur’an juga merupakan aturan Ilahi untuk dipatuhi oleh seluruh manusia. Perbuatan membacanya adalah ibadah dan mendapat ganjaran pahala.
Al-Qur’an seperti yang ada pada kita sekarang yang bermula dengan Surah al-Fātiḥah dan berakhir dengan Surah al-Nās, dipindahkan dari semasa ke semasa hingga sampai kepada kita hari ini secara tawātur.11 Begitulah Al-Qur’an diwarisi dari satu generasi ke satu generasi dengan tulisan dan cara pembacaan yang terselamat dari sebarang pindaan dan perubahan. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT:
11 Tawātur bererti yang memindahkannya ramai, sekira-kira mustahil berlaku pembohongan.
48