Page 102 - Sejarah Tamadun Islam 2
P. 102

 88
sejarah tamadun islam 2
adalah hasil dari evolusi pemikiran dan asumsi-asumsi falsafah semata- mata. Ia perlu dilakukan sesuai dengan cara pandang alam Islam di mana penanaman budaya perlu dimulai dengan agama yang telah sebati dengan fitrah masing-masing insan.
Untuk mengukuhkan pendidikan yang bersumberkan agama dan untuk melahirkan budaya, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Yang pertama, agama bukan dari hasil renungan falsafah yang bersifat andaian-andaian bersandarkan kepada akal semata-mata. Sedangkan ajaran agama telah tetap dan perlu dizahirkan di dalam segala aspek kehidupan. Malahan, segala bentuk hasil cipta dan rekaan manusia perlu memberi makna dalam konteks yang berhubungan dengan Allah SWT. Yang kedua, Islam adalah agama yang ditanzilkan dan telah dicarakan oleh Rasulullah SAW dengan sempurna dalam bentuk amalan dan tingkah laku. Oleh itu, mengitsbatkan perkara-perkara mendasar seperti aqidah mengikut pandangan sendiri di dalam Islam tidak dibenarkan. Walaupun demikian, perkara tersebut tidak bermakna Islam tidak memerdekakan pemikiran insan, kerana makna kemerdekaan dari perspektif budaya yang dimaksud dalam Islam adalah melepaskan belenggu kebendaan yang biasanya digambarkan di dalam agama lain sebagai monumen-monumen. Bentuk kemerdekaan yang diajarkan oleh Islam adalah perkara-perkara yang bermuatan kognitif yang membawa ciri dan tradisi keilmuan, sarat dengan permasalahan mengenai pengenalan diri, alam dan Tuhan.
Sebagai hasil dari pendidikan tersebut adalah budaya yang mengutamakan bentuk-bentuk keadilan dan keseimbangan yang melepaskan insan dari bentuk-bentuk kerosakan. Terlalu banyak kebudayaan yang dihasilkan begitu menakjubkan dari sudut reka ciptanya yang halus, tetapi merosakkan pemikiran dan aturan asal yang telah dikenali secara semulajadi oleh diri insan.
Sifat adil yang banyak disebutkan di dalam Al-Qur’an berkaitan dengan keseimbangan (mīzān) dan larangan menghilangkan keseimbangan tersebut. Keseimbangan tersebut adalah neraca keadilan sebagai pembukaan kepada segala bentuk tingkah laku yang membawa kepada keharmonian dan pembangunan yang hakiki. Sehingga aspek-





























































































   100   101   102   103   104