Page 101 - Sejarah Tamadun Islam 2
P. 101

 Menurut pendapat sebahagian filsuf Muslim; kedokteran, arsitektur dan politik tidak dianggap sebagai ilmu, tetapi masuk ke dalam kategori ketiga yaitu fann dan shinā‘ah di mana aplikasinya berdasarkan kepada prinsip-prinsip dasar dari ilmu metafizika, fizika dan matematika yang diterapkan berdasarkan prinsip dan hukum yang universal ke dalam acuan yang bersifat partikular, di mana aktualisasinya adalah terapan-terapan spesifik yang dapat memudahkan kehidupan manusia sebagai individu dan sebagai anggota masyarakat yang saling bekerjasama.
Sebagai konsekuensi logis dari ulasan ringkas di atas, seorang doktor, arsitek atau pemimpin politik adalah juga seorang yang arif dalam ilmu- ilmu yang bersifat teoretikal dan universal seperti metafizika (ilāhiyyāt) dan fizika (thabī’iyyāt). Dengan demikian, tepat apabila buku tentang politik yang ditulis oleh al-Farābi, Al-Ārā’ fī Ahl al-Madīnah al-Fādhilah, dimulai dengan pembahasan tentang ketuhanan sebelum membincangkan sistem politik.
B. Pilar-Pilar dan Ruang Lingkup Kesenian dalam Peradaban Islam
Di dalam Islam, bukan kebudayaan yang menghasilkan agama, kerana intipati agama tidak sama dengan keberagamaan (religiosity). Intipati agama adalah menjadikan insan itu sebagai insan yang sebenar. Oleh itu, keberagamaan tidak menggambarkan ciri kehidupan Muslim sesuai dengan kehendak kebudayaan Islam yang sebenar. Dengan kata lain, orang-orang yang hidup bersama dengan simbol keberagamaan yang bersifat luaran tidak bermakna mereka telah membawa aspek-aspek kesebatian dengan Islam.
Di dalam proses menanamkan budaya Islam agar sebati dengan kehidupan insan, ia perlu dilakukan dengan melihat insan sebagai individu yang lahir dalam keadaan arif akan Tuhannya. Memastikan potensi tersebut digali dan dikembangkan adalah tugas awal pendidikan yang dapat dirasakan kemudian terserlah di dalam kebudayaan yang bermula dari individu Muslim. Oleh itu, penanaman budaya Islam tidak dapat dimulakan dengan masyarakat yang beranggapan bahwa agama
sejarah tamadun islam 2
87




























































































   99   100   101   102   103